Ayam Bakar:
1. Sediakan ayam yang telah dipotong-potong saiz sedarhana kecil.
2. Bersihkan dan peram dalam kicap manis, liquid amino, lada putih dan garam sedikit.
3. Siapkan ayam di dalam bekas untuk dibakar nanti di ketuhar 180c, 40min (bergantung kepada jumlah ayam)
Kuah perchik:
1. Satu bawang merah besar dan sebiji cili merah dimasukkan dalam Thermomix.
2. Turbo 1
3. Masukkan minyak dan tumis 3min/120c/sp1
4. Masukkan santan 1 kotak.
5. Masukkan assam keping, serbuk kunyit, serai dan air 300g/ml
6. 6min/varoma/sp1 (sekiraya mengelegak dan hampir melimpah, turunkan suhu kepada 100c dan tambahkan masa 2min)
Tuangkan kuah diatas ayam yg sedang dibakar, 5min pengakhiran.